Wow..dah hampir dua bulan aku mensawangkan blog ini. A lot of things happened in my life for past two months. Dugaan, cabaran, kesabaran, keimanan semuanya tidak terluah di sini. Dugaan yang hampir-hampir membunuh kesabaran aku. Kata-kata manusia, hinaan mereka membuatkan aku kecewa dan sedih. "Ya Allah, semoga Engkau menguatkan keimananku padaMu. Ya Allah, berikanlah aku ketabahan. Ya, Allah berikanlah aku kekuatan mengharungi segala pahit getir perjuangan hidupku ini. Engkau berkatilah dan rahmatilah hidupku dan suamiku"
Saturday, July 11, 2009
Monday, May 11, 2009
Happy Mothers Day
To my mama, Rukiah @ Rohani Long, thank you so much for your loves. Your sacrifices and loves are priceless. You are the greatest mother in the world.
To my mother in law, Zahara Salleh, thank you so much for your understanding and care. You are the most wonderful mother in law in the world.
To all my friends who is a mother, just be or will be, (Kak Sharin, Kak Yantie, Laileng, Ayu, Aah, Mija, Jaa, Kak Zie, Kak Jue, Kak Sue, Kak Zura, Kak Liza, Wan Nural, Kak E, JJ and etc) I am sure you are and will always be a great mother to your kids.
To all these pretty mums, I wish Happy Mothers day. I wish someday I will be given the opportunity to be a mum. 
Thursday, May 7, 2009
Banyak cerita yang tak tercerita - Bab 3 Hospital
Minggu ini minggu yang penuh dengan ujian dalam hidup aku dan abang. Abang yang selama ini ceria dengan gelak ketawa dan lawak jenaka menjadi pendiam dan tidak bermaya. Ini semua kerana penangan demam dan tonsil. Mula-mula aku ingatkan abang demam biasa. Pergi klinik dan makan ubat baiklah. Tapi sebaliknya, demam abang tak kebah-kebah jugak sampailah hari ketiga. Dah berapa malam aku tak tidur lena, setiap jam berjaga lapkan badan abang dengan kain tuala dan buatkan air untuk abang alas perut makan ubat. Masuk hari ketiga abang jadi makin tak larat, sampaikan nak solat pun terpaksa duduk. Abang tak tahan dan minta untuk dibawa ke hospital. Aku telefon adik aku yang kebetulan tengah kerja kat Hospital Hulu Terengganu. Sengaja aku bawak abang ke sana intead of Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sebabnya adik aku ade sana mudah sikit dan tak ramai orang (tak perlu queue utk dapat bilik sorang). Kalau di HSNZ, alamatnye berjanggutla nak dapat duduk bilik sorang.
Sampai saja di hospital, semuanya adik aku dah siapkan. Abang di bawa masuk ke wad kecemasan untuk dimasukkan air. Kemudian abang disorong dengan kerusi roda ke wad lelaki. Dan bermulalah kehidupan aku selama 3 hari 2 malam di Hospital. Abang memang nampak lemah dan tekaknya bengkak dengan nanah. Kesian. Selama di sana abang dicucuk antibiotik, vitamin dan ubat demam. Air garam dan gula silih berganti masuk ikut saluran urat abang. Ditambah pula abang muntah setiap kali makan. Lagilah lama kena masuk air.
Masuk hari kedua di hospital, keadaan abang masih sama. Cuma dia bertahan sebab air garam dan gula sentiasa mengalir ke dalam tubuh. Nurse suruh aku beli aiskrim untuk menghilangkan tonsil abang. Mula-mula aku ingatkn nurse bergurau. Ade ke bagi pesakit makan aiskrim. Rupanya itu adalah ubat yang paling mujarab sekali. Menu tengahari abang di hospital pun ade aiskrim jugak. Aku belikan abang sekotak aiskrim Nestle. Itu je choice yang ade kat kawasan luar bandar ni. Itupun nasib baik ada. Pagi, petang siang malam aku suruh abang makan aiskrim. Aku dan adik aku pun tumpang sekaki. Dr. yang tak senonoh. Sempat lagi datang bilik pesakit makan aiskrim. Hahahaha..
Masuk hari ketiga, alhamdulillah. Tonsil abang makin baik. Setiap kali batuk keluar nanah-nanah yang melekat bertempek di tekak. Demam pun dah kebah. Kalau tak suhu badan asyik turun naik je. Dan bila dah ok, petang (tadi) abang dibenarkan balik. Orang sihat yang menuggu ini pun penat sangat. Bukannya dapat tidur lena di hospital. Dengan berbekalkan kerusi malas tu dan dikejutan oleh nurse yang kuar masuk sepanjang malam untuk memberi ubat, memang tidur aku terganggu. Namun, aku bersyukur sangat Allah menyembuhkan penyakit abang. Dan aku mendapat kembali suami yang ceria dan happy go lucky. Semoga abang diberikan kesihatan yang marvellous. Sayang abang..
Tuesday, May 5, 2009
Banyak cerita tapi tak tercerita - Bab 2 KIAM yang KOQ!
Dah banyak perkara yang saya agak piss off dengn pengurusan Kolej Idris Al-Marbawi. Tapi masih lagi saya bersabar. Memandangkan saya memang bercadang nak menyewa lama di sini, so saya cuba bertolak ansur. Saya ingatkan, menyewa rumah kelamin universiti memudahkan kerja, tapi rupanya tidak. Dan perkara yang mencabar kesabaran saya apabila saya dimarah oleh pengurusan asrama hanya kerana saya tidak perasan pekeliling pendaftaran asrama semester depan yang ditampal di board yang diibaratkan seperti "hidup segan mati tak mahu". Hanya kerana saya tak perasankan notis, kaw-kaw saya dikutuk dan dibebel seolah-olah saya dah buat kesalahan besar. Saya dituduh tidak peka dengan organisasi.Ssaya ini orang yang dah berkeluarga. Banyak masa saya dihabiskan di lab dan balik Terengganu. Don't expect me to stay in college 24 hours and 7 days. And everyday ulang alik mengadap notice board yang langsung takde daya tarikan tu? Yang penuh dengan kulat dan sawang? Takde intiatif ke nak hantar notis penting ke setiap rumah? Bukannye tak pernah buat kan. Ini ditampalnya pada board yang memang takde pengunjung tu.
Saya dituduh hanya pentingkan diri sendiri. Saya datang ke UKM bukan nak buat amal jariah. Saya datang sana nak belajar bukan nak buat charity. Banyak lagi benda lain yang saya kena pikir. Jangan ingat senang belajar phd ni. Of course, saya pilih nak menyewa di KIAM kerana saya nak memudahkan diri saya. Saya bukan duduk sana FREE. Saya bayar RM450 sebulan. Bukannye murah kalau nak dibandingkan dengan keadaan rumah yang rimas dan panas, security hampeh, air yang berkarat, rak buku yang dah berkulat, aliran air kumbahan yang terbuka tu. Banyak lagi saya boleh complaint. Bila salah sendiri tak nak mengaku, cuba jugak nak tunding kesalahan pada orang lan..
Kalau kamu bengang dengan organisasi kamu yang mengamalkan prosedur berlembut, janganlah lepaskan kemarahan kepada orang lain. Saya tidak kisah ditegur kalau dengan cara yang berhemah. Saya akui kesalahan saya tak perasan pekeliling tapi tegurlah dengan cara yang betul. Ini tidak, nak marah-marah. Rasanya korang ni kena pergi kursus khidmat pelanggan lama siket.
Akhirnya, saya memang benar2 bengang dengan pengurusan KIAM. Saya putuskan nak pindah keluar. Berita 2 biji laptop hilang di blok rumah saya duduk lagi menguatkan keputusan saya. Dan pencurinya ada di blok itu juga!!! Khabarnya, berita ini tidak dihebohkan sebab nak jaga nama! Ahamdulillah, dalam masa 3 hari saya dan kawan saya berjaya mendapatkan rumah sewa di Bukit Mahkota. Walaupun jarak antara UKM dan rumah sewa dalam 9 km tapi lepas ini saya tak payah berurusan dengan manusia-manusia yang perasan bagus ni lagi. Dan setiap semester saya tak perlu menyusahkan diri dan kepala otak nak pikir pasal pendaftaran asrama! KIAM memang KOQ!
Banyak cerita tapi tak tercerita - Bab 1 Final Exam
Banyak perkara yang berlaku di dalam hidup aku sejak kebelakangan ini. Banyak dugaan dan cabaran yang sebenarnye menguji kesabaran dan keimananku. Di kesempatan ini aku akan ceritakan apa cerita yang tak tercerita sebelum ini...
29 April lepas aku telah menghadapi final exam subjek Research Methods fo IT. The only subject I have to pass for UKM post graduate student requirement. Dah lama tak menjawab soalan peksa sejak habis master dulu. Sebenarnya dari segi preparation aku tak banyak buat. Tak tahu nak study apa. Prof Abdullah dah warning awal-awal. There is no right or wrong answer. Obviously soalan yang akan ditanya bukan soalan menghafal. So, I don't have to bother myself memorizing every single word. Ini bukan zaman degree. Jadi, aku just go through je nota. Tawakal ajelah. Tengok akak-akak yang sengkatan dengan aku menjawab mak aii semangatnye. Tak cukup satu buku kertas jawapan. Aku pulak, dah la guna satu buku je, ade lagi kertas lebih. Hehehhee....I don't know how was my performance. Harap-harap memberangsangkanlah..End my chapter 1
29 April lepas aku telah menghadapi final exam subjek Research Methods fo IT. The only subject I have to pass for UKM post graduate student requirement. Dah lama tak menjawab soalan peksa sejak habis master dulu. Sebenarnya dari segi preparation aku tak banyak buat. Tak tahu nak study apa. Prof Abdullah dah warning awal-awal. There is no right or wrong answer. Obviously soalan yang akan ditanya bukan soalan menghafal. So, I don't have to bother myself memorizing every single word. Ini bukan zaman degree. Jadi, aku just go through je nota. Tawakal ajelah. Tengok akak-akak yang sengkatan dengan aku menjawab mak aii semangatnye. Tak cukup satu buku kertas jawapan. Aku pulak, dah la guna satu buku je, ade lagi kertas lebih. Hehehhee....I don't know how was my performance. Harap-harap memberangsangkanlah..End my chapter 1
Wednesday, April 15, 2009
Rasukan KOQ!!!
They really made my day. Banyak kali aku rewind still gelak tak henti...Antara koleksi KOQ! My favourite...Enjoyss...
Budok anah cuba cakak ganu. I lieekeee...
Budok anah cuba cakak ganu. I lieekeee...
Thursday, April 2, 2009
Google Scholar and Microsoft Libra
I just want to share something..
Have you felt so tense when you are searching for wanted jurnals or proceedings but couldn't find it? Have you felt so stress after various combinations of keywods have been tested but the results are negative? And sometime your organisation does not subscribe the jurnals you wish to download? Then, try to use Google Scholar at http://scholar.google.com or Microsoft Libra (http://libra.msn.cn). Sometimes these searching engines can be very helpful.
It happennd to me once when I've put so much effort looking for the jurnals from an author. After trying so many ways including asking help from my friend who are studying in Australia and even contacted the respective author but yet I have receive no positive feedback. Lastly, I've put my trust on Libra and alhamdulillah, I've manage to retrieve most of the papers which I was looking for. So, you should give them a try. Chewaah..I sound like a promoter. Google and Microsoft should give me some credits. **WINK*WINK**
Subscribe to:
Posts (Atom)

